CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, March 27, 2010

Khayalan Mimpi

Saat kali pertama kujumpa dirinya
Di bawah cahaya bulan purnama
Lalu aku terpesona pada pandangan pertama
Mungkin inikah dinamakan cinta

Malam berikutnya kubawa dia bersama
Kereta mewah milik sahabatku
Dengan malu kubertanya adakah sudi hatinya
Tuk terima cinta ikhlas dariku

Lama kumenunggu jawapan darinya
Berdebar-debar rasa hatiku
Aku tak menyangka bahawa hatinya
Juga mencintai diriku

Aku dan dia berjanji hidup bersama
Dan bahagia dalam ikatan cinta
Sungguh indahnya dunia rasanya bagaikan syurga
Oh inikah yang dinamakan cinta

Tetapi mengapa bila kuterjaga
Dia tak ada di sampingku
Lalu kusedari semua ini
Ternyata hanya khayalan mimpi

( Lama kumenunggu jawapan darinya
Berdebar-debar rasa hatiku
Aku tak menyangka bahawa hatinya
Juga mencintai diriku )

(Tetapi mengapa bila kuterjaga
Dia tak ada di sampingku
Lalu kusedari semua ini
Ternyata hanya khayalan mimpi)

0 comments: